
Kita akan membawa usaha dan harapan dalam membantu komuniti tersisih dan terpinggir di perkampungan atas air di Semporna, Sabah.
Tiga projek utama akan dilaksanakan adalah
1. Bantuan Pek Makanan
Agihan pek makanan akan dilakukan di beberapa kawasan komuniti perkampungan atas air. Kita akan berikan beras, ubi, susu pekat, gula, minyak, biskut dan barang keperluan lain yang boleh bertahan untuk tempoh masa dua minggu. Mungkin kecil bagi kita namun besar maknanya kepada mereka.
2. Bina Semula Masjid Kg. Halo
Hasil daripada sumbangan ini akan kita salurkan untuk membina semula masjid tersebut. Kita akan baik pulih dari segi infrastruktur termasuk kemudahan bekalan air untuk memudahkan mereka mengambil wuduk.
3. Pembinaan Sekolah Alternatif
Tidak seperti kebanyakkan kanak-kanak, mereka di sini tidak berpeluang kepada akses pendidikan. Kita boleh membantu mereka dengan sama-sama membina sebuah sekolah alternatif untuk mereka. Sumbangan ini meliputi
- Kos operasi untuk kos tenaga pengajar, operasi bangunan sekolah, pembangunan modul dan pengurusan
- Bagi kebajikan pelajar dengan menyediakan makanan dan minuman untuk pelajar yang menyertai program ini bagi tempoh satu tahun. Setiap hari mereka akan dibekalkan dengan sarapan yang secara langsung dapat meringankan beban keluarga mereka.
- Bagi menjayakan projek ini, barang kelengkapan sekolah seperti meja, kerusi, papan hitam, peralatan menulis, rak, buku dan sebagainya adalah diperlukan.
Kepada sesiapa yang ingin bersama-sama bagi menjayakan misi kali ini, boleh menyumbang di bawah untuk projek-projek yang dinyatakan. Semoga kita sama-sama dapat membantu mereka saudara seislam kita di sana.