Akaun impactivemy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

IMPACTIVE MALAYSIA

#MalaysiaJugaPeduli


Impactive Malaysia (nombor pendaftaran pertubuhan: PPM-015-10-22012021) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada Mei 2019 oleh Saudara Khairul Jamain. Impactive Malaysia adalah sebuah pertubuhan berorientasikan kebajikan yang menumpukan kepada golongan kurang bernasib baik dari segi sosial dan ekonomi sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beberapa misi kemanusiaan di Tanzania, Afrika dan Syria telah berjaya dilaksanakan. Di Malaysia, antara projek kemasyarakatan yang telah dijalankan adalah Projek Berkhatan di Sabah, Projek Baiki Jambatan di Kampung Batu dan Projek Al-Quran di Semporna, tabung COVID-19, Baik Pulih Masjid, Projek Kecemasan Rumah Roboh dan banyak lagi.

Ikuti perkembangan kami untuk mengetahui projek-projek di dalam dan juga luar negara di Instagram Impactive Malaysia.